Meskipun hanya gurauan, tindakan pelakon Dayang Areeda menyebut nama Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah sebagai kekasihnya dikecam teruk,
Memetik Harian Metro, Areeda berkata dia terkejut kerana menganggap isu terbabit sebagai perkara kecil namun ada yang mengatakan tindakannnya itu dianggap keterlaluan.
“Saya tidak faham sehingga ada pertelagahan di video yang saya bergurau mengatakan saya ke Pahang untuk berjumpa teman lelaki. Apabila ada komen memetik nama Tengku Hassanal, dari situ gurauan bermula.
“Saya cuma mengiyakan komen berkenaan namun tidak menyangka ada yang memberitahu Tengku Hassanal sudah bertunang. Kemudian saya memohon maaf kerana sekadar berjenaka saja,” katanya.
Dalam pada itu, Areeda mengakui ada perasaan minat terhadap Tengku Hassanal namun tidak lebih daripada itu. Meskipun ramai tahu ianya hanya gurauan namun dia tidak sangka ianya menjadi perbualan serius.
“Benar saya memang meminati Tengku Hassanal namun sekadar minat saja dan tidak melebihi dari itu. Rasanya semua sedar saya sekadar bergurau.
“Tapi masuk satu saja komen ini, terus macam serius sikit. Boleh sesiapa tolong jelaskan mengenai hal ini? Saya seperti tidak faham cerita,” katanya.