Gelagat Watie Ketika Bachelorette Party Jadi Perhatian

Tinggal beberapa hari saja lagi pelawak Shuib Sepahtu bakal disatukan dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada 23 Jun ini.

Baru-baru ini, tular video memaparkan Watie bersama rakan-rakannya meraikan Bachelorette Party sebelum bergelar isteri kepada Shuib.

BACA: “Shuib Menang Besar” – Video Watie Berbaju Songket Jadi Perhatian

https://www.tiktok.com/@astanrxbc8f/video/7245967839025270017

Menerusi video itu, Watie dilihat memakai baju rona tema putih bergelak ketawa meraikan parti tersebut bersama rakan-rakannya.

Diruangan komen, video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang seolah terkejut dengan gelagat Watie. Malah, ada yang mengatakan ianya berbeza  ketika Watie muncul di sebuah program televisyen sebelum ini.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan ianya perkara biasa bagi wanita yang berperangai ‘gila-gila’ apabila bersama rakan-rakan mereka.

×