Penampilan pelakon Risteena menjadi perhatian ramai apabila tampil dengan gaya rambut yang dihiasi reben ketika menghadiri sebuah ekspo jualan raya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, kakak kepada pelakon sensasi Ruhainies itu berkata dia sudah lama memiliki reben tersebut dan tiada istilah meniru sesiapa.

BACA: Risteena Lega Kes Khalwat Ruhainies Dah Selesai, Rancang Tunai Umrah & Beraya Di Mekah

Malah, Risteena turut meminta netizen tidak memeningkan kepala sebaliknya memberi fokus pada 10 malam terakhir Ramadan.

“Ramai tanya bila saya beli ribbon tu? Dah lama dah tu. Ribbon lama je saya pakai. Tak ada istilah siapa tiru siapa okay. Semua orang boleh pakai apa kita nak pakai. Jangan pening fikir dah. Jom kita fokus 10 malam terakhir Ramadan,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan hantaran yang dikongsikan Risteena itu telah dipadam selepas beberapa jam ianya dimuat naik.

×