Sejak Isnin lalu, nama ibu mertua kepada pelakon cantik, Mira Filzah iaitu Datuk Mastura Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar hangat diperkatakan berkaitan isu bantuan penduduk di daerah tersebut.
Namun, seperti sudah dijangka Mira Filzah turut terkena tempias gara-gara ibu mertuanya sehingga ada segelintir netizen meluahkan rasa marah dan mengeluarkan kata-kata kesat.
BACA: Ibu Mertua Mira Filzah Terima Gelaran Datuk
Malah, ada yang mengatakan tidak mahu lagi menyokong atau meminati pelakon dan pengacara itu selepas ini.
Dalam pada itu, ada netizen berpendapat tidak sepatutnya memarahi atau mengaitkan isteri kepada Wan Emis Astar itu dalam hal berkenaan kerana isu tersebut dicetuskan oleh ibu mertuanya.
Meskipun pelbagai komen negatif dilemparkan terhadapnya, namun Mira hanya bertindak berdiam diri. Apa pun lebih baik begitu kerana bimbang jika bersuara boleh memanaskan lagi isu berkenaan.