Kalau anda seorang penonton yang mahukan kelainan & jalan cerita yang punyai nilai artistik rasanya filem terbaru terbitan Grand Brilliance arahan pengarah muda, Nik Amir Mustapha merupakan pilihan yang tepat.
Diterajui dua nama yang cukup berbakat & merupakan gandingan pertama mereka, Redza Minhat dan juga Christina Suzanne dilihat gandingan mesra & serasi kerana berjaya memainkan karakter masing-masing.
Majlis tayangan perdana filem KIL yang berlangsung semalam di e@Curve begitu meriah dengan kehadiran ramai penggiat seni dan juga penonton yang hadir memberikan sokongan padu kepada filem ini.
Antara selebriti yang hadir memberikan sokongan ialah Aizat Amdan, Sharifah Amani, Zain Saidin dan juga Datin Sofea Jane. Gambar di’bawah untuk tatapan anda & KIL akan ke pawagam pada 30 Mei 2013 ini.