Gambar Sekitar Resepsi Yuna & Adam Sinclair

Tidak tahu mahu digambarkan bagaimana keserasian pasangan pengantin baru ini iaitu Yuna dan juga Adam Sinclair. Orang kata, memang sepadan sungguhlah. Menjelaskan bahawa dia tidak berniat merahsiakan pernikahan, pasangan ini menjemput rakan-rakan industri seni di majlis resepsi.

BACA: Yuna Nafi Rahsia Perkahwinan, Tak Mahu Berlebih

Majlis pasangan ini telah diadakan di majlis resepsi Yuna dan Adam bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bertemakan persandingan dalam taman.

Kami kongsikan beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung. Memang manis sungguh dan berseri-seri sungguh wajah pengantin baru ini.

Semoga ikatan perkahwinan Yuna dan juga Adam kekal hingga ke Jannah dan dipermudahkan segala urusan rumahtangga mereka. Peminat pastinya ternantikan cahaya mata pasangan ini. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Hatta Dolmat / Rewan Ishak

×