Gagal Bayar Caruman Perkeso, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500

Pelawak Shuib Sepahtu bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Khoo Choon Guan didenda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah Mejistret Shah Alam hari ini.

Memetik mStar Online, syarikat itu didenda atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.

BACA: Berangkat Tunai Umrah, Shuib Mohon Maaf

Shuib dan Choo Guan mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan dan pengakuan bersalah itu dibuat dihadapan Majistret Ameera Mastura.

Mahkamah memerintahkan mereka dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Selain itu, mahkamah membenarkan syarikat berkenaan membuat bayaran ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman kepada PERKESO.

SUMBER: mStar Online

×