Fizz Fairuz Terima Diri Sudah Tidak Popular

Pelakon, Fizz Fairuz akui zaman kegemilangannya sebagai pelakon semakin suram ekoran beliau mula kurang menerima tawaran berlakon sejak kebelakangan ini. Namun baginya, ia adalah satu kitaran normal bagi kerjaya pelakon, malah beliau tidak berasa kecewa dengan hakikat itu.

BACA: Fizz Fairuz, Almy Nadia Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

“Sebagai pelakon saya terima hakikat zaman kegemilangan saya sudah pun berkahir dan ia kitaran biasa. Jika dahulu adalah masa saya sekarang giliran bakat-bakat baharu pula untuk mencipta nama sebagai pelakon. Saya masih dalam industri dan saya ada perancangan tersendiri untuk membawa karier saya ke tahap lebih tinggi”

“Alhamdulillah sebagai permulaan saya sudah pun membuka syarikat sendiri iaitu Rain Maker Creative Sdn Bhd untuk menghasilkan drama atau pun filem termasuk pengurusan acara,” katanya kepada portal m Star Online berhubung perancangannya didalam bidang seni.

Bagaimanapun, jelasnya lagi sejak penglibatannya didalam filem pecah panggung, Munafik baru-baru ini, nama beliau kembali melonjak naik serta menerima pelbagai tawaran berlakon. Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa syukur diatas sambutan luar biasa filem itu sehingga membuka peluang kepadanya untuk terus berlakon. (rkty/w)

×