Fizz Fairuz, Almy Nadia Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Pelakon yang membintangi filem seram Munafik Fizz Fairuz mengumumkan bahawa dia dan juga isteri, Almy Nadia, bakal menimang cahaya mata kedua selepas isterinya itu disahkan mengandung.

BACA: Almy Nadia Bakal Timang Anak Kedua?

“Alhamdulillah Almy sudah 7 minggu mengandungkan anak yang kedua selepas disahkan oleh Doktor yang merawatnya,” katanya yang ditemui di Majlis Tayangan Filem Munafik.

Berita ini telah tersebar selepas Fizz memuat naik gambar periuk di laman Instagram dengan berhashtag kan #rezekibabybaru membuatkan ramai peminat tertanya-tanya akan perihal itu, dan telah disahkan oleh Fizz dan Almy sendiri. (rtky/h)

×