Fizz Fairuz, Almy Nadia Timang Anak Perempuan Kelima

Pagi tadi, pelakon Datuk Fizz Fairuz berkongsikan berita gembira apabila isterinya, Datin Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata mereka kelima.

Memetik Sinar Harian, Fizz meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anak perempuan kelima mereka itu.

BACA: Majlis Graduasi Anak Di Hotel, Fizz Fairuz Minta Ibu Bapa Jangan Berkira

“Anak perempuan,” katanya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

Sebelum ini, Fizz berkongsikan berita tersebut di Instagram memaklumkan isterinya sudah pun selamat melahirkan cahaya mata serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan.

Untuk rekod, Fizz mendirikan rumah tangga dengan Almy Nadia pada April 2014. Mereka dikurniakan empat cahaya mata perempaun, Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3 tahun serta turut mempunyai seorang anak anagkat iaitu Nur Afrina Darwisyah, 15 tahun.

SUMBER: Sinar Harian

×