Nampaknya kemelut antara penyampai radio, Fizi Ali dan bekas isterinya yang juga pelakon Shakilla Khoriri masih tiada kesudahan lagi.
Terbaru, perkongsian Fizi menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran hilang sabar dipercayai ditujukan kepada bekas isterinya itu.
BACA: Fizi Ali Bawa Isu Anak Ke Mahkamah
Menerusi entri itu, Fizi didakwa berang terhadap bekas isterinya itu yang menghalang daripada bertemu dengan anak perempuan mereka, Ameena Sofia. Malah, Fizi turut mendakwa bekas isterinya mempunyai teman lelaki ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Fizi turut meluahkan rasa kesal dengan perbuatan pelakon itu yang didakwa sering meminta simpati netizen serta mengingatkan bahawa kifarah itu wujud.
Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal pabila dia tidak dapat berjumpa anaknya, Ameena di hari graduasi prasekolahnya. Malah, Fizi berkata bekas isterinya itu turut menyekat nombornya.
Susulan itu, Fizi nekad untuk membawa urusan penjagaan ke mahkamah selepas tiada jalan penyelesaian mengenai perkara tersebut.