Meskipun pernah rapat sebelum ini, pelakon Fify Azmi menjelaskan hubungannya dengan pelakon Syazwan Zulkifly tidak lebih sebagai kawan biasa sahaja.
Memetik Kosmo, Fify berkata dia juga tidak lagi mengikuti Syazwan di Instagram selepas mengetahui aktor itu sudah ada kekasih dalam masa sama dia juga mahu menjaga batas pergaulan.
BACA: “Kalau Tiada Jodoh, Tak Boleh Paksa” – Fify Azmi
“Memang kami pernah rapat sebab banyak berlakon bersama. Kami tidak bergaduh Cuma saya tidak boleh (rapat) dengan orang yang sudah berpunya.
“Sebab bagi saya itu salah! Tetapi kami tetap berkawan dan masih melepak bersama. Cuma saya menjaga batas pergaulan.
“Apapun dia seorang rakan baik. Kami pernah rapat tetapi untuk hubungan itu beralih ke fasa seterusnya, tidaklah,” katanya.
Sementara itu, Fify berkata selepas ini dia akan selidik dahulu latar belakang lelaki yang ingin mendekatinya serta akan lebih berhati-hati dalam mencari pasangan.
“Saya tidak suka orang yang tidak jelaskan status. Terang-terang sahajala sudah berpunya. Apapun saya dengan dia (Syazwan) okey saja.
“Selepas ini saya akan selidik latar belakang lelaki yang ingin mendekati saya. Sebelum ini saya tidak begini kerana semua bekas kekasih saya orang yang baik dan jujur dalam hubungan,” katanya.
Dalam pada itu, Fify berkata dia tidak pernah serik untuk kembali bercinta namun buat masa ini dia sibuk dengan kerjaya sehingga tidak sempat memikirkan mengenai perkara itu.
Tidaklah tertutup pintu hati, cuma tiada masa. Sekarang memang saya tiada kekasih. Doakan jika ada jodoh, adalah. Sebab sibuk, saya tidak sempat berfikir soal cinta,” katanya.
SUMBER: Kosmo