Baru-baru ini, isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah dilihat ada memuat naik gambar bersama suaminya.
Menerusi video itu, Watie dilihat tampil cantik menggayakan dres rona merah jambu dipadankan dengan blaus lengan panjang putih dan Shuib segak mengenakan sut.
BACA:
View this post on Instagram
Namun, di ruangan komen ada segelintir yang kurang senang dengan gaun singkat digayakan oleh Watie bersama stoking berwarna ‘nude’ dikatakan tidak sesuai buat wanita berhijab.
Malah, ada yang mengatakan tentu Watie lebih cantik jika gaun yang dipakai labuh sehingga paras buku lali atau mengenakan stokin berwarna hitam lebih bagus dan dalam masa sama terjaga aurat kaki.
Kata netizen lagi, lebih baik elakkan stokin yang sama dengan warna kulit kerana bimbang boleh mengundang fitnah. Apa pun, pengikut berikan teguran kerana mereka sayang.