fbpx

Fenomena Tsumawi, Mawi Dedah Pernah Dikawal 40 Bodyguard

Sebut sahaja nama Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, pasti ramai masih ingat lagi dengan fenomena Tsumawi yang pernah tercetus suatu masa dahulu menerusi program realiti Akademi Fantasia.

Baru-baru ini, menerusi sebuah podcast Mawi mendedahkan ketika itu dia terpaksa memindahkan keluarganya ke tempat lain berikutan kehidupan peribadinya diketahui ramai.

BACA: Pernah Menang 7 Kereta, Tak Suka Memandu Punca Mawi Tiada Lesen

@sinar_my

Replying to @Deen Zulkefli Wow! Sampai 40 orang bodyguard jaga Mawi nak pergi pasar raya jumpa kawan eh lepas keluar dari AF ? Saksikan video penuh di Youtube SINAR! #SINARKongsi #BorakSelebriti #fyp #fyp? #fyp??viral

? original sound – SINAR – SINAR

“Macam nak gila lah, itu yang saya boleh gambarkan untuk menerima kejutan itu. Bukan saya saja tapi keluarga dan orang-orang terdekat.

“Sampai saya terpaksa bawa keluarga pindah tempat lain. Terpaksa sebab privasi dah tak ada. Nak tak nak kena terima juga, saya ambil masa tiga bulan untuk terima benda itu.

“Benda ni real Mawi. Saya bangun tiap hari, saya akan tepuk muak saya. Saya tengok TV menangis, hari-hari buka surat khabar menangis, dengar lagu Aduh Saliha pun memangis. Saya rasa itu menangis sebab terkejut,” katanya.

Sementara itu, Mawi turut mendedahkan dia pernah dikawal seramai 40 orang pengawal ketika dia ingin keluar ke tempat awam untuk menjaga keselamatannya. Menurutnya, ketika itu dia mahu melawa rakan lama di sebuah pasar raya selepas memenagi Akademi Fantasia.

“Ada sekali saya mahu pergi pasar raya di Subang Jaya sebab pernah bekerja di sana sebelum ini bagi jumpa kawan-kawan lama

“Saya cakap dengan bekas pengurus tapi dia minta suruh tunggu dulu di parkir apabila sampai. Rupa-rupanya, dia susun 40 orang pengawal peribadi, saya ingat seorang dua sahaja. Semua badan tegap-tegap berkaca mata hitam. Saya jadi terkejut,” katanya.