Baru-baru ini, perkongsian selebriti popular Nur Fazura di aplikasi TikTok memaparkan keluarga kecilnya menjadi perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan itu, Fazura dilihat mendukung Fatima dan kelihatan suaminya, Fattah Amin berjalan di sebelahnya. Turut kedengaran dalam video itu Fazura bertanyakan, “Jauh lagi ke?” katanya.

BACA: Bodyguard Dedah Pahit Manis Jaga Fazura & Fattah Amin

@fazuraofficial

Lepastu masuk je ballroom, dia nak daddy all the way pulak.. (Alhamdulillah, selamat kaki mommy ?) @Fattah Amin

? original sound – Nur Fazura

Fazura turut menyertakan kapsyen pada video berkenaan mengatakan jauh lagi tempat yang dituju ditambah pula dia memakai kasut boots tinggi ketika itu.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang perasan Fazura kelihatan mengah mendukung Fatima.

Malah, ada yang mengkritik Fattah Amin seolah tidak peduli dengan isterinya yang penat mendukung anak tanpa menghulurkan bantuan. 

Bagaimanapun, Fazura turut menulis kapsyen mengatakan anak perempuannya enggan didukung oleh Fattah pada waktu itu. Netizen pun, Fazura dah tulis kapsyen siap-siap pun tetap nak komen bukan-bukan. Tak pasal-pasal boleh jadi fitnah, betul tak?

×