Fazura Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Peminat Nasihat Jangan Cerai

Perkongsian pelakon Fazura menjadi perhatian apabila memuat naik video AI seakan memeluk arwah bapanya dengan kapsyen emoji ‘hati yang dibaluti luka’ bersama bunga.

Fazura juga turut meletakkan lagu berjudul ‘Di saat sendiri’ nyanyian kumpulan Dadali seolah meluahkan rasa rindunya kepada arwah bapanya.

BACA: “Sayang Fattah? Maaf, Tak Boleh Komen”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Diruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan Fazura yang rindukan bapanya tidak kurang jua ada yang mengatakan begitu juga perasaan yang akan dilalui oleh anaknya, Nur Fatima Aisya yang akan rindukan bapanya.

Sementara itu, ada yang mendoakan agar dilembutkan hati Fazura serta dipanjangkan jodoh aktres itu dengan suaminya. Malah, ada yang meminta supaya tidak bercerai kerana tiada manusia yang sempurna.

Dalam pada itu, ada yang meminta agar Fazura pertahankan rumah tangganya serta perbaiki hubungan rumah tangga jika sudah tawar hati kerana ada insan kecil yang akan rasa ‘sakit’ berjauhan dengan bapanya.

×