fbpx

Baru-baru in hangat diperkatakan mengenai pasangan selebriti terkenal Fazura dan Fattah Amin apabila ada netizen mendakwa sudah lama tidak melihat pasangan itu bersama di media sosial.

Hasil tinjauan di perkongsian Fazura, ada saja netizen bertanyakan mengenai perkara itu dan akhirnya aktres itu dilihat menjawab pertanyaan tersebut menerusi komen seorang individu.

BACA: “Banyak Post Fazura Takde Like Fattah, Fazura Lama Tak Komen IG Fattah” – Peminat

Menurut Fazura, suami dan anaknya ada di rumah dan mereka memilih untuk menjalani hidup lebih privasi ketika ini.

“Ada di rumah! Keeping things more private these days. Eyes on Rafah,” tulisnya.

Apa pun diharap jawapan diberikan Fazura sekaligus menjawab persoalan para peminat yang selama ini tertanya-tanya mengenai rumah tangga pasangan tersebut.