Hampir tujuh tahun bersama, pasti ramai peminat terkejut dan berharap pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin akan kembali bersama serta terus bahagia melayari bahtera rumah tangga.
Susulan apa yang terjadi pada pasangan itu, ada seorang peminat menghasilkan video buat Fattah dan Fazura serta membuat andaian bahawa aktres itu masih menyayangi suaminya kerana tidak memadam video kenangan mereka bersama di media sosial.
BACA: Umie Aida Nasihat Netizen Tak Perlu Campur Urusan Fattah & Fazura
@im_yourgirl06 Fazura still sayang Fattah. Kalau tak mesti dia dah remove semua psl asben dia kt ig dan tt kan ? Isteri mana tak sayang suami. Harap relay mereka kembali jernih dan pulih seperti dulu kala. I love them ??? Yang tak minat , shuhhh main jauh sana. Tt aku , sukahati aku nak update apa. Aku yg update ko yang panas ?? #fattahamin #fazura #fyp? #abcxyz #fypage #fyp #fyp??viral #foryou #quotestory #Love #family #fattahaminfans #fattahaminfazura #fazurafans #fattah
“Fazura masih sayang Fattah. Kalau tak mesti dia dah padam semua pasal suami dia dekat IG dan TikTok. Isteri mana tak sayang suami. Harap hubungan mereka kembali jernih dan pulih seperti dulu kala,” tulisnya.
Sementara itu, hasil tinjauan Fattah dan Fazura masih saling mengikuti akaun media sosial masing-masing, malah tidak lagi memadam kolum highlights ‘Husbaby’.
SUMBER: mStar Online