Fazura Datang Mahkamah Serba Putih, Bawa 5 Orang Bodyguard

Pelakon Nur Fazura tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kira-kira jam 9.30 pagi tadi bagi sebutan permohonan cerai dibuat terhadap suaminya, Fattah Amin.

Fazura dilihat tampil serba putih diiringi lima orang pegawal peribadi, peguam serta pengurusnya.

BACA: Fazura, Fattah Amin Dipercayai Tidak Lagi Tinggal Sebumbung

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dilihat tenang, Fazura juga sempat menyapa para media yang menunggu di perkarangan mahkamah serta memberitahu dirinya dalam keadaan baik-baik saja.

“Selamat pagi. Kita jumpa selepas ini. Saya okay sahaja,” katanya.

Difahamkan, Fattah dilihat menyusul masuk beberapa minit kemudian bersama peguamnya.

SUMBER: mStar Online

×