Baru-baru ini, pelakon Nur Fazura akhirnya dilihat muncul dalam satu acara pelancaran satu jenama baju raya selepas selesai tempoh iddah. 

Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Fazura berkata dia sudah lama tidka keluar sejak habis tempoh iddah dan gembira dapat berjumpa dengan rakan-rakan.

BACA: “Ramadan Tahun Ini Mungkin Berbeza, Fatima Akan Ikut Mana Saya Pergi”

“Sudah lama Faz tak keluar sejak habis tempoh iddah, happy sebab dapat jumpa kawan-kawan sokong bisnes mereka” katanya.

Sementara itu, berkongsikan mengenai Ramadan tahun ini Fazura kata ianya berbeza kerana anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya akan sentiasa bersamanya.

“Fatima ni mana-mana Faz pergi dia akan ikut, kerja ke shooting ke. Dia tak kisah sampai lewat malam pun dia ikut. 

“Dia tak kisah selagi Faz ada dengan dia. Dia marah kalau tak bawa dia, kalau orang nak bergambar dengan Faz tak ajak dia pun dia marah,” katanya.

Sebelum ini, Fazura berkata aktiviti sepanjang bulan Ramadan dilakukan seperti biasa serta akan lebih fokus pada urusan ibadah dan teruja untuk menunaikan solat tarawih.

SUMBER: Mingguan Wanita

×