Fazura Buka Akaun IG Baru Buat Fatima

Sempena ulang tahun keempat Nur Fatima Aisya semalam, pelakon Nur Fazura mendedahkan akaun Instagram baru anaknya itu.

Sebelum ini, Fazura kerap memuat naik perkongsian mengenai anaknya di akaun fattzuralovelife. Menerusi akaun baru menggunakan nama nurfatimaisya itu, Fazura turut memuat naik gambar pertama anak kesayangannya itu.

BACA: Ucapan Fazura Sempena Hari Lahir Fatima Undang Sebak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fatima Aisya (@nurfatimaisya)

Baru saja akuan tersebut sehari dibuka sudah mencapai 15 ribu pengikut dan foto pertama dikongsikan menerima lebih 100,000 tanda suka.

Semalam, Fazura memuat naik ucapan istimewa yang menyentuh hati buat anaknya yang menyambut ulang tahun kelahiran keempat. Fazura menyifatkan Fatima seorang anak yang kuat dan tabah serta sering mempamerkan sifat empati.

Sementara itu, Fazura berkata tiada parti hari lahir buat puterinya pada tahun ini dan mendoakan Fatima menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dalam apa juga keadaan.

×