Fazley Yaakob Tak Rasa Semua Penyondol Bersalah

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berpendapat isu orang ketiga dalam rumah tangga adalah pilihan individu sama ada mahu membenarkan masuk dalam keluarga atau menolak.

Memetik Astro Gempak, Fazley berkata gangguan itu adalah biasa namun baginya tidak semua penyondol bersalah dan tidak semua yang disondol bersalah.

BACA: 18 Tahun Kahwin, Fazley Yaakob Sah Cerai

“Pilihan itu ada pada kita. Kalau kita nak diganggu, kita benarkan gangguan, itu adalah pilihan. Tetapi jangan kita letak ketepi memang ada rumah tangga yang bermasalah.

“Tidak semua penyondol itu bersalah dan tidak semua yang disondol itu juga bersalah kerana dalam rumah tangga ada elemen-elemen yang tidak diceritakan pada orang luar.

“Jadi mungkin apabila memilih untuk mencari insan ketiga, mencari kebahagiaan, pada saya adalah penting untuk kita faham situasi tersebut secara menyeluruh sebelum menyalahkan penyondol, yang disondol atau pun menyalahkan isteri atau suami dalam keterlibatan masalah rumah tangga tersebut,” katanya.

Sementara itu, Fazley juga menyarankan kepada peasangan diluar sana apabila berlaku masalah ambil masa untuk mengingati kembali detik indah percintaan dan mula-mula bertemu.

“Kalau yang sudah ada anak, yang sudah berkahwin lama, ingatkan tempoh percintaan pertama kenapa kita jatuh cinta dengan pasangan kita.

“Setiap pasangan ada kelemahan… tetapi kalau kita dapat cari satu titik persamaan yang pernah wujud satu ketika dulu, insya-Allah percintaan, perkahwinan hubungan itu kekal walaupun ada gangguan,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak

×