Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia sering meneirma mesej nakal di media sosial selepas umumkan mengenai perceraiannya.
Memetik Harian Metro, Fazley turut memberitahu ada individu yang berani menghantar gambar pakaian dalam serta menawarkan diri menjadi pasangannya.
BACA: Fazley Yaakob Tak Rasa Semua Penyondol Bersalah
“Saya ada terima beberapa mesej pelik. Ada yang tanya boleh tak mereka jadi Datin saya, ada juga yang hantar gambar ‘lingerie’. Saya anggap itu semua sebagai hiburan ringan dan tak ambil serius.
“Biasanya hanya baca dan balas ringkas, sekadar ‘thank you’ atau ‘seen’. Kalau ada yang tanya saya akan ‘block’ sekat mereka kalau hantar gambar tidak bertudung, saya jawab tidak, tapi saya akan cuba mengelak daripada melihatnya,” katanya.
Dalam pada itu, Fazley mengakui segan apabila ada yang meletakkannya dalam kelompok duda terhangat, malah sejak bergelar duda penerimaan orang ramai juga turut berbeza.
“Penerimaan orang sejak saya bergelar duda berlainan hingga rasa macam nak pakai pelitup muka bila pergi ke tempat awam.
“Saya fikir mereka (segelintir wanita) lihat saya bukan lagi seperti artis, sebaliknya produk yang mereka mahu jual beli,” katanya.
SUMBER: Harian Metro