Pelakon Faye Kusairi berkongsikan berita sedih di Instagram apabila kereta miliknya mengalmi kerosakan teruk di bahagian bumbung dan cermin.
Menerusi hantaran tersebut, Faye berkata keretanya rosak selepas dihempap bumbung kondominium kediamannya pada petang semalam.
BACA: Berniaga Tepi Jalan Dikatakan Tiada Standard, Faye Kusairi Tak Malu
Kata Faye lagi, bukan saja keretanya malah kenderaan milik jirannya turut rosak dihempap bumbung berkenaan dimana kemungkinan kayu bahagian tersebut reput atau sudah lama.
Tambahnya lagi, lebih menyedikan kejadian itu berlaku beberapa hari sebelum menyambut hari raya dan ketika dia memerlukan untuk menggunakan duit yang banyak.
Lihat siaran ini di Instagram
“Dalam pukul 4 petang (Rabu), salah satu bumbung balkoni dari tingkat 3 bangunan kondo kami roboh (besar kemungkinan kayu bumbung tu reput atau sudah lama).
“Jadi, kesemua batu konkrit yang berat serta kayu jatuh ke atas kereta saya dan jiran. Saya sedih lah, bila dah dekat raya, perlu pakai duit yang banyak, kita ini pula nak shooting lambat lagi nak masuk set baru.
“Berniaga pun sendu bula Ramadan ini, nak balik kampung nak berjalan, semua. Sedihlah, tapi raya reda,” katanya.
Dalam pada itu, Faye turut meluahkan rasa terkilan ada segelintir pihak yang mendakwa kerosakan tersebut berlaku disebabkan dia terlibat dengan pinjaman Ah Long.
“Usahlah yang mana kata hutang along ke, orang khianat ke, atau apa-apa yang negatif. Sudah-sudahlah. Aku ini manusia jenis lambat lagi kacau orang ke, buat onar ke buat jahat. Aku ini betul-betul buat hal aku sendiri je. Itulah orang kata aku ini membosankan,” katanya.