Umum mengetahui, pelakon Faye Kusairi seronok menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual nasi ayam di kaki jalan terletak di Bukit Antarabangsa.
Terbaru, Faye tidak dapat menahan sebak apabila jualannya habis awal serta tidak dapat memenuhi permintaan pelanggannya yang datang untuk membeli.
BACA: Faye Kusairi Berniaga Nasi Ayam Tepi Jalan, Terharu Sokongan Rakan Artis
View this post on Instagram
“Assalamualaikum semua, saya rasa sedih hari ini sebab jualan saya habis awal, minta maaf pada yang datang tapi tak sempat nak beli untuk merasa.
‘Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada yang kecewa, lain kali saya buat lebih banyak, terima kasih kepada yang setia membeli setiap hari,” katanya.
Sementara itu, Faye berkata dia menangis bukan kerana untuk meraih simpati tetapi kecewa kerana tidak dapat memuaskan hati para pelanggan yang ramai beratur untuk membeli nasi ayamnya.
“Saya menangis bukan untuk meminta belas kasihan tetapi saya kecewa tak dapat memuaskan hati semua orang. Ramai orang beratur tapi tak dapat, ada seorang pakcik ni sampai dua kali datang untuk mencuba nasi ayam saya.