Fauziah Nawi Harap Sempat Bertaubat Sebelum Maut Menjemput

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon veteran, Fauziah Nawi berkongsi luahan menyentuh hati masih ada insan tersayang yang berada disisinya.

Menurut Fauziah, meskipun dirinya tiada lagi ibu bapa, suami dan anak lelakinya, namun dia masih ada anak perempuannya, menantu, cucu dan juga adik-beradik yang lain. Lebih sebak, pelakon itu turut berharap agar sempat bertaubat sebelum dijemput Ilaihi suatu hari nanti.

BACA: Fauziah Nawi Bengang Ada Produksi Ambil Pelakon Tak Vaksin

“Aku dah tak ada mak bapa, suami, juga anak lelaki ku. Syukur masih ada anak gadisku, menantu, adik-adik, juga cucu ku menemani perjalanan hidupku yang hampir sampai penghujung.

“Moga Allah terus menganugerahkan aku segala kebaikan, segala nikmat yang tak ternilai dan moga aku sempat bertaubat sebelum maut menjemputku wahai Allah Tuhan seru sekalian alam,” katanya.

Perkongsian pelakon itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut mengaminkan doa serta memberi kata semangat untuk terus kuat menghadapi dugaan hidup.

×