fbpx

Fauzi Nawawi Berjaya Tamat Diploma, Nak Jadi Contoh Buat Anak-Anak

Meskipun usia sudah mencecah 51 tahun namun ia tidak menghalang pelakon Fauzi Nawawi untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem dan Meatech Creative Acedemy.

Memetik mStar Online, Fauzi berkata isterinya, Lisdawati memberikan semangat kepadanya untuk dia mencapai sesuatu dalam hidupnya dan dia mahu memberi contoh terbaik buat anak-anaknya.

BACA: Fauzi Nawawi Sedih Lisdawati Tunai Haji, Tak Pernah Berenggang Lama

“Saya sambung belajar kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak dah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk bagi contoh yang baik buat mereka semua.

“Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat jadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk dapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka. Saya ada lapan orang anak dan sebagai ketua keluarga, kenalah beri contoh terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Fauzi berharap dengan keputusannya menyambung pelajaran dapat membuang tanggapan segelintir netizen terhadap golongan selebriti yang tidak pentingkan pelajaran.

“Ramai isteri berjaya dalam pelajaran mereka. Saya juga mahu merasa seperti itu. Walaupun sibuk berlakon, pelajaran tak pernah tinggal. 

“Mungkin ramai anggap orang yang tidak berjaya dalam pelajaran lebih memilih menjadi artis. Saya nak betulkan tanggapan sebegitu dan menjadi bukti golongan artis juga berpelajaran,” katanya.

SUMBER: mStar Online