“Fattah Curang, Abai Nafkah & Buat Hidup Sengsara”

Selepas sekian lama berdiam diri, pelakon Fazura mendedahkan dia memfailkan cerai terhadap suaminya Fattah Amin kerana aktor itu mengabaikan nafkah terhadap keluarga serta berlaku curang.

Menurut Fazura, sudah dua tahun dia tidak bahagia dalam perkahwinan dan mereka juga tiada persefahaman namun berdiam diri kerana memikirkan anak mereka.

BACA: Fazura, Fattah Amin Sah Bercerai Talak Satu

“Fattah telah abaikan nafkah saya dan Fatima. Kami juga tidak persefahaman, kami sudah lama tak bahagia. Saya dah lama bertahan dalam situasi ini.

“Saya ambil pendekatan untuk kunci mulut kerana memikirkan tentang anak. Emosi dan mental saya terganggu, saya tertekan. Fattah juga berlaku curang terhadap saya, itu yang paling saya tak boleh terima. Saya ada bukti dia curang,” katanya.

Hari ini, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

SUMBER: MalaysiaGazette

×