Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan yang tular sejak Ahad lalu bahawa dia telah melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Amira Othman.
Memetik Media Hiburan, Fattah berkata dia terkejut dengan dakwaan berkenaan serta beranggapan mungkin ianya timbul kerana komen netizen yang mendoakan mereka.
BACA: Sweetnya Fattah Amin Bagi ‘Love’ Biru Pada Amira Othman
“Saya ada dengar tentang gosip itu dan terkejut bagaimana ia boleh muncul secara tiba-tiba. Namun, saya ingin tegaskan bahawa perkara itu tidak benar.
“Saya sendiri hanya mengetahuinya selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan media. Bila saya baca, saya pun terkejut dan tergelak. Mungkin berita itu timbul kerana komen netizen yang mendoakan saya,” katanya.
Sementara itu, Fattah menegaskan hubungan mereka hanya rakan kerja dan dia tidak akan menyembunyikan berita pertunangannya jika ia benar berlaku.
“Pihak pengurusan saya ada menghubungi pengurusan Amira mengenai gosip ini, dan sudah tentu kami sama-sama terkejut.
“Jika benar saya bertunang, tiada sebab untuk saya sorokkan perkara itu. Seperti yang saya katakan sebelum ini, hubungan saya dan Amira hanya berkisar kepada urusan kerja.
“Kami banyak bekerjasama, termasuk dengan Jakel, jadi sering bertemu atas urusan kerja. Selain itu, hubungan kami tidak lebih daripada sekadar kawan,” katanya.
Sejak semalam, sebuah portal berita mendakwa Fattah mungkin sudah bertunang dengan Amira dan bakal melangsungkan perkahwinan pada Syawal.
SUMBER: Media Hiburan