Fattah Amin Terasa Tiada Isteri, Anak Ketika Berbuka

Pertama kali menjalani ibadah puasa sendirian selepas berpisah dengan Fazura pada Oktober tahun lalu, pelakon Fattah Amin tetap bersyukur kerana masih ada anak dan keluarga di sisinya.

Memetik BH Online, Fattah berkata dia sentiasa sibukkan diri dengan kerja agar tidak terlalu mengingati saat itu apatah lagi tahun ini sememangnya berbeza.

BACA: Sudah Nafi, Netizen Yakin Fattah Amin & Amira Othman Bercinta

“Sejujurnya, terasa perbezaan. Sebelum ini, bangun sahur dan berbuka puasa bersama isteri serta anak.

“Namun, saya bersyukur masih ada Fatima dan keluarga. Kami masih dapat jalani ibadah puasa sebagai keluarga harmoni. Mereka menjadi tulang belakang dan kekuatan saya sekarang,” katanya.

Sementara itu, Fattah berkata dia akan cuba mencari masa membawa Fatima berbuka puasa bersama keluarganya meskipun sibuk dengan kerja.

“Meskipun anak masih kecil, saya ingin menerapkan mengenai keindahan Ramadan kepada Fatima,” katanya.

Dalam pada itu, Fattah berkata dia reda dengan takdir hidupnya serta percaya bahawa soal jodoh, ajal, maut dan rezeki sudah ditentukan Allah.

“Jangan persoalkan kenapa hidup ditakdirkan begitu dan begini, saya sentiasa muhasabah diri serta terima takdir dengan tenang. Namun, sebagai manusia biasa, ada masanya saya terbuai dengan perasaan,” katanya.

SUMBER: BH Online

×