Fattah, Saharul Ridzwan Turut Promosi Ubat Tinggi

Nampaknya selepas Neelofa dikecam hebat kerana mempromosikan ubat tinggi, rupanya-rupanya Fattah Amin dan juga Saharul Ridzwan juga dilihat mempromosikan produk yang sama. Lebih menarik lagi, selepas Neelofa dikecam, ada juga selebriti seangkatan yang menyokong penjualan produk tersebut.

BACA: Promosi Ubat Tinggi, Neelofa Dikecam Teruk

Memandangkan perkara sebegini haruslah mendapat pengesahan daripada pihak yang berkenaan, warga laman sosial dalam masa yang sama turut mengajukan soalan kepada doktor yang sebenar. Jawapan yang diberikan adalah berdasarkan fakta namun jika berbalik kepada penjual produk apa yang penting adalah jualan.

Apa pun, berdasarkan pendedahan yang diberikan di sosial media, masih ada yang terpengaruh. Penggunaan selebriti sebagai duta produk juga dilihat mampu melariskan jualan namun dalam masa yang sama jika terjadi perkara sebegini sedikit sebanyak mencalar kredibiliti seseorang selebriti itu.

Apa pun, berfikirlah dulu sebelum mendapatkan sesuatu yang dilihat sangat mudah untuk memberikan hasil. Risau nanti di pengakhirannya, badan sendiri yang sakit, hasilnya entah ke mana. (rtky/s)

×