Fattah Amin Pilih Wanita Bijak Berbanding Cantik

Pelakon Fattah Amin berkata dia lebih memilih wanita bijak berbanding cantik menerusi satu temu bual yang tular di TikTok.

Menerusi video dikongsikan seorang pengguna @hanumsubri, Fattah diminta untuk memilih satu jawapan yang menggambarkan dirinya.

BACA: Fattah Amin Terlalu Rindu, Setiap Hari Teringat Fatima

@hanumsubri

This or that bersama @Fattah Amin

? original sound – Hanumsubri – Hanumsubri

Dalam video berkenaan, Fattah lebih memilih wanita yang bijak berbanding wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sependapat dengan Fattah untuk memilih wanita bijak kerana cantik sahaja tidak akan ke mana.

Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

×