Ketika di mahkamah hari ini, pelakon Fattah Amin tetap dengan kenyataannya sebelum ini masih sayangkan isterinya, Nur Fazura.
Sebentar tadi, Fattah dilihat ada memuat naik gambar Fazura bersama anak mereka, Nur Fatima Aisya sekaligus mengundang sebak di kalangan peminat dan netizen.
BACA: Fazura Nekad Mahu Cerai Demi Maruah
View this post on Instagram
Menerusi entri itu, Fattah memuat naik gambar terakhir Fazura dan anak mereka seta memohon doa agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan serta mengatakan dia sayangkan mereka berdua.
Perkongsian Fattah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersimpati diatas dugaan dilalui pasangan itu serta berharap masih ada lagi sinar antara mereka.
Sementara itu, Fazura menerusi perkongsian di Instagram sebentar tadi nekad mahu meneruskan perceraian cengan suaminya demi maruahnya sebagai wanita serta kesejahteraan hidup bersama anaknya, Nur Fatima.