Pelakon Adam Shahz bersikap tenang apabila bekas isterinya, Fatin Afeefa memfailkan permohonan untuk menaikkan nafkah anak perempuan mereka enam kali ganda.
Memetik mStar Online, Adam berkata bekas isterinya meminta jumlah tersebut dinaikkan kepada RM3,000 sebulan dari RM500 yang dibayarnya kini.
BACA: Fatin Afeefa Geram Adam Shahz Liat Bayar Yuran Sekolah Anak
“Pihak plaintif (Fatin) tuntut nafkah anak, saya bayar tapi mungkin ada bahagian yang dia rasa tak cukup. Sekarang perkara itu masih dalam proses mahkamah.
“Fatin minta RM3,000 sebulan berbanding sebelum ini hanya RM500. Buat masa ini saya tiada apa nak cakap sebab mungkin ada satu jumlah yang dia perlukan. Saya cuba membela diri supaya apa yang diminat adalah amaun yang wajar,” katanya.
Sebelum ini, Fatin berkata Adam tidak menculas membayar nafkah tetapi enggan membayar yuran persekolahan anak mereka, Ivy Herra Sophia sebanyak RM3,000.
Dalam pada itu, Adam menafikan dakwaan dia mahu menjual motosikal berkuasa tinggi miliknya kerana mengalami kesempitan wang sebaliknya mahu menukar motosikal lain.
“Mungkin sampai masanya saya beli motosikal lain dan tak semestinya saya nak jual sesuatu barang hanya disebabkan perlukan duit,” katanya.
SUMBER: mStar Online