Baru-baru ini ramai yang terkejut dengan berita pelakon Fatin Afeefa yang sudah tujuh bulan melahirkan cahaya mata hasil perkahwinannya dengan pempengaruh, Aliff Awang.
Menurut Fatin, dia bertindak merahsiakan kehamilan dan kelahiran anak ketiga kerana mahu menjaga privasi serta mahu menjalani kehidupan sebagai ibu dengan tenang.
BACA: Fatin Afeefa Tak Bagi Anak Jadi Artis, Kena Belaja & Hafal Al-Quran
View this post on Instagram
“Kenapa ambil masa lama untuk umum sudah bersalin? Sebab saya tidak mahu orang luar menilai bagaimana saya dan suami membesarkan anak.
“Saya mahu menjalani kehidupan sebagai ibu dengan tenang. Sangat tenang apabila semua orang tidak tahu saya hamil dan beranak.
“Selama saya rahsiakan, tiada orang yang beri saya nasihat yang tidak patut. Untuk elak fitnah dan tohmahan, saya dan suami bersetuju untuk tidak dedahkan terlebih dahulu fasal anak. Tidak semua netizen, tetapi segelintir yang suka komen negatif,” katanya.
Sementara itu, Fatin berkata ianya adalah pengalaman pertama Aliff mempunyai anak kecil dan suaminya mahu pengalaman membesarkan anak seperti bapa normal di luar sana.
“Untuk suami saya sendiri, dia pertama kali ada anak kerana sebelum ini dua anak saya sudah besar.
“Jadi untuk pengalaman urusan bayi, pertama kali buat Opai. Dia juga mahu menjalani kehidupan sebagai bapa secara normal,” katanya.
Ahad lalu, Fatin Afeefa berkongsikan wajah anak ketiganya diberi nama Muhammad Jibril kini berusia 7 bulan.
SUMBER: mStar Online