Fasha Sandha Dipuji ‘Humble’ Pakai Baju RM19

Baru-baru ini, tular video memaparkan pelakon Fasha Sandha sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah sambil berkongsikan mengenai baju yang digayakannya.

Menerusi video dikongsikan oleh produk kecantikan itu, Fasha mendedahkan baju dipakainya itu berharga RM19 dan dibeli secara dalam talian.

BACA: “Sekali Keluar Ayat Rempit, Takde Class” – Netizen Kritik Fasha Sandha Mengamuk Di IG

@inayahbeautytrading

Fasha pakai apa pon cantik?#fyp #fashasandha #bellaastillah #adirasuhaimi #berryfull #gattox #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #TikTokShop

? Cidro Vs Kluthuk – Waru Leaf

“Tak kisah, macam baju yang saya pakai ini beli di Shopee saja, RM19 saja. Kena pandai cari,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata kebiasaannya dia tidak mencuba pakaian yang dibeli kerana kebanyakannya sesuai di tubuh badannya.

“Tidak, saya tak cuba. Alhamdulillah. Selalunya muat, macam boleh agak-agak saja. Saya dah tahu saiz apa tetapi ada sesetengah baju saya nak jenis besar sedikit, tak ketat sangat. Ada juga yang kita nak yang fit, jadi ikut situasi,” katanya.

Perkongsian Fasha itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu tetap cantik meskipun mengenakan pakaian murah dan baju tersebut dilihat mahal dipakai olehnya.

×