Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa syukur anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma kini sudah menyambung bacaan Al-Quran pada usia 8 tahun.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha berkata meskipun Jemyma agak lambat memulakan membaca Al-Quran namun dia tetap bangga dengan pencapaian anak perempuannya itu.
BACA: Netizen Terpegun Tengok Wajah Fasha Sandha Tetap Cantik Tanpa Mekap
View this post on Instagram
“Syukur Alhamdulillah. Putri Raysha Jemyma, kenangan naik Quran pada umur 8 tahun. Syukur, walau sedikit terlambat naik Quran due to pandemic break terlalu lama.. kami tetap berbangga dengan kejayaan semua anak-anak,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fasha turut mengucapkan terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang membimbing anaknya sehingga berjaya menyambut bacaan Al-Quran.
Sementara itu, turut menjadi perhatian bekas suami Fasha iaitu Jejai turut hadir untuk meraikan kejayaan anak mereka.