Sebelum ini Fasha Sandha dan Aidil Aziz memberitahu bahawa mereka bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung Mac ini. Bagaimanapun, tarikh sebenar pernikahan mereka tidak didedahkan.
Terbaru, khabarnya majlis pernikahan mereka bakal berlangsung hujung minggu ini. Difahamkan, mereka bakal bernikah di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan.
BACA: Bakal Berkahwin, Ini Ucapan Nora Danish Buat Fasha Sandha
Untuk majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki pula akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada 6 April ini berkonsepkan ala kampung.
Seramai 5,000 tetamu termasuk kaum keluarga, rakan-rakan serta wakil media di majlis resepsi itu nanti. Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.
Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.