Pelakon Farid Kamil berkata dia dan bekas isterinya, Diana Danielle tiada sebarang itu berkenaan penjagaan anak-anak meskipun mereka kini sudah berpisah.
Memetik mStar Online, Farid berkata tugas membesarkan kedua-dua cahaya mata bersama adalah tanggungjawab mereka serta sepakat mengenai perkara itu.
BACA: Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Buat Kali Kedua
“Soal anak-anak tiada sebarang masalah. Seperti yang dipersetujui Diana akan menjaga anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Diana berkata dia tidak mahu jadikan perceraian sebagai satu beban kepada anak-anak dan Farid boleh bertemu dengan anak-anak bila-bila masa.
“Walau apa yang berlaku anak-anak perlu ada ibu bapa mereka. Saya pun tak rancang untuk simpan mereka buat diri sendiri hingga menyusahkan bekas suami. Farid tiada halangan untuk jumpa dan berhubung dengan anak-anak,” katanya.
Terdahulu, pasangan itu bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 namun kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 12 dan Nur Auror, 10.
SUMBER: mStar Online