Malam tadi, pelakon Farid Kamil dilihat memuat naik video di Instagram mengatakan dia masih menyayangi isterinya, Diana Danielle.

Menerusi hantaran itu, Farid berkata dia akan berusaha untuk memulihkan pergolakan rumah tangga selepas Diana mengumumkan akan memfailkan cerai.

BACA: “Awak Dah Rujuk Sebelum Ini Maksudnya Dah Bagi Dia Peluang” – Netizen

“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran terbabit dan macam seperti semua sedia maklum, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya. Saya akan berusaha apa saja untuk menjernihkan keadaan kembali. InsyaAllah,” katanya.

Bagaimanapun, perkongsian Diana menjadi perhatian apabila memuat naik status di Instagram seolah membalas kenyataan suaminya itu. Difahamkan, Diana menulis ‘hipokrit’, bagaimanapun status itu telah dipadamkan selepas ianya dimuat naik.

Isnin lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengatakan dia mahu bercerai dengan suaminya. Diana berkata kembali rujuk bukan untuk semua orang serta meminta dirinya untuk dilepaskan.

SUMBER: Kosmo

×