“Farhan Dengan Saya Ketika Saya Masih Berisi Lagi”

Baru-baru ini, pelakon Zulin Aziz dilihat terbuka berkongsikan gambar bersama kekasihnya, Farhan Norzaini, malah turut memanggil kekasihnya dengan gelaran ‘B’ di Instagram.

Belum bersedia berkongsi secara mendalam mengenai kisah cinta bersama Farhan, Zulin menolak tanggapan apabila sudah kurus barulah dia mempunyai kekasih.

BACA: Selesai Kuarantin, Zulin Aziz Raikan Dengan Masak Kari Kepala Ikan

“Saya dan Farhan kenal sejak setahun lalu. Dia mengenali ketika saya masih berisi lagi. Jadi, tiada tanggapan sudah kurus baru nak ada kekasih.

“Farhan selalu menyokong apa sahaja yang saya lakukan termasuklah berniaga dan jadi rakan kongsi perniagaan. Jujurnya, saya sangat cintakan Farhan,” katanya kepada BH Online.

Lebih selesa menyimpan kisah cintanya buat masa ini, Zulin berkata dia akan berkongsi cerita lebih lanjut apabila sudah berkahwin kelak.

“Bukan saya nak mengelak menjawab isu perhubungan dengan Farhan. Cuma, kisah cinta biarlah kami simpan buat masa ini. Apabila sudah berkahwin, insya-Allah saya berkongsi cerita,” katanya.

×