Fara Salleh Dakwa Shuk Pernah Hina Dirinya ‘Papan’

Nampaknya kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar semakin hangat diperkatakan apabila isterinya, Fara Salleh mendakwa pernah dikasari suaminya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Fara memuat naik mesej bukti memaparkan pengakuan Shuk mengasarinya serta melemparkan kata-kata hinaan terhadapnya.

BACA: “Jantina Anak Kau Tahu Tak? Barang Anak Satu Apa Pun Tak Ada Lagi” – Fara Salleh

Lebih mengejutkan, dalam hantaran itu Fara turut mendedahkan dia turut berdepan dengan pelbagai hinaan serta body shaming apabila pernah digelar ‘papan’.

Dalam pada itu, Fara turut berkongsi satu tangkap layar memaparkan mesej seorang saksi yang kebetulan berada di balai polis yang sama ketika dia membuat laporan dipukul oleh Shuk.

“Masa awak kena pukul dengan Shuk tahun lepas, saya ada dalam balai tu buat report IC saya tercicir. Shuk cuba nak play victim masa di balai. Nak nampak macam dia tak salah. Teruk juga saya tengok awak waktu itu,” katanya.

Terdahulu, Farra mengesahkan sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Segamat, Johor pada Februari lalu. Fara berkata dia menunggu tarikh sebutan kes serta mengatakan keputusan itu diambil kerana melihat Shuk tidak lagi berusaha untuk selamatkan rumah tangga mereka.

×