Sedikit perkembangan kes penceraian pasangan Hollywood ini yang mana berita melaporkan Heidi Klum masih memakai cincin perkahwinan mereka tetapi sang suami, Seal sudah tidak memakai sebarang cincin. – People
Selebriti Indonesia yang baru sahaja bercerai Ogos tahun lalu, Titi DJ mengakui sedang rapat dengan seorang jejaka bernama F dan juga gossip yang mengatakan mereka bakal bernikah sudah pun mula tersebar. – Kapan Lagi
Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor sahkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar pada 12 Mac. Tahniah! – mStar Online
Pasangan dalam filem Wanderlust, Jennifer Aniston & Paul Rudd beraksi untuk muka hadapan majalah GQ dengan aksi nakal seksi sebagai promosi filem secara tidak langsung. – Fox 411
Bersempena hari Jumaat, ini barisan gambar sopan Miranda Kerr dan beliau membuktikan yang seksi itu tetap wujud dalam diri’nya walaupun tanpa perlu peragakan baju dalam seksi Victoria’s Secret. – Popoholic