Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.456)

VIDEO HARI INI: Air New Zealand kembali sekali lagi dengan satu iklan komersial penuh awesome bertemakan filem Hobbit. Middle Earth is closer than you think.

Sehari sebelum menjelang ulangtahun kelahiran yang ke 21 beliau, kediaman Miley Cyrus telah di’pecah masuk perompak & pelbagai barangan telah dilarikan namun tiada sebarang kecederaan terjadi kerana tiada siapa di rumah ketika itu. – US Magazine

Jika anda terlepas menonton majlis anugerah kpop MAMA (Mnet Asian Music Awards) 2013 yang berlangsung Jumaat lalu langsung dari Hong Kong, berikut merupakan senarai penuh pemenang & barisan persembahan bertenaga artis yang hadir malam itu. – Soompi

Lady Gaga telah di’namakan sebagai wajah terbaru jenama mewah Versace untuk kempen produk musim Spring 2014 dan tahukah anda yang penyanyi ini ada menulis lagu berjudul Donatella tentang pengasas jenama ini dalam album terbaru beliau. – Just Jared

Lagu terbaru Beyoncé dengan judul God Made You Beautiful telah dibocorkan oleh para peminat khabarnya ke internet. Strategi pemasaran seperti biasa? – Huff. Post

Pelakon Farid Kamil mengakui yang beliau sehingga hari ini belum bertemu dengan ibu mertuanya untuk menjernihkan hubungan kerana tidak mengetahui dimana ibu Diana Danielle itu tinggal sekarang. Macam tidak boleh percaya, eh. – Kosmo!

×