VIDEO HARI INI: Ini Joyce Jimenez dan beliau seorang gadis buta dari Filipina. Ini satu lagi bukti nyata yang Wrecking Ball sebuah lagu yang bagus jika anda tidak menonton video muziknya.
Walaupun hubungan mereka telah sah putus, nampaknya Miranda Kerr dan Orlando Bloom tidak sesekali bersengketa dan ini ditunjukkan baru baru ini apabila mereka di’lihat keluar bersama di New York, bersama anak mereka Flynn. – People
Ada khabar baru menyebut yang selebriti remaja Zac Efron dan Lily Collins kini kembali bercinta dan dilihat keluar bersama beberapa kali selepas percintaan mereka sekitar tahun lalu hanya bertahan selama tiga bulan. – Entertainment Wise
Satu lagi perkahwinan penuh kejutan dari selebriti Hollywood dan kali ini giliran Christina Ricci yang khabarnya sudah sah bergelar isteri kepada James Heerdegen pada Sabtu lalu dalam satu majlis tertutup di New York. – US Magazine
Dalam satu temubual terbaru bersama stesen TV KBS ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon berkata yang beliau tidak merancang untuk meninggalkan syarikat pengurusan karier beliau iaitu YG Entertainment kerana sudah menganggap syarikat itu seperti keluarga sendiri. – Soompi
Pekin Ibrahim tampil memberikan penjelasan yang isu putus tunang dengan Uqasha Senrose tidak lebih dari sekadar salah faham dan mengakui ini memang salahnya selain tetap dengan perancangan untuk berkahwin tahun hadapan. – Sinar Harian