Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.223)

Peminat filem seluruh dunia semakin teruja akan filem Iron Man 3 dan ini merupakan gambar pertama watak antagonis dalam filem itu, Mandarin lakonan Ben Kingsley. – EW.com

Hollywood ada pasangan bercinta baru untuk di’perhatikan. James Franco dan Ashley Benson di’khabarkan berpegangan tangan ketika keluar bersama baru baru ini. – Just Jared

Raja Azura atau mesra dengan panggilan Kak Engku berkata beliau tidak berlakon lagi kini kerana bayaran yang kecil, ada yang serendah RM3,000 untuk drama. – mStar Online

Ben Ibrahim, Kavitu Sidhu & Andrea Fonseka sah menjadi juri Miss Universe Malaysia musim baru yang akan mula bersiaran sebanyak 5 episod di 8TV bermula 11 November 2012. – MSN

Lagi kisah mereka hari ini. Justin Timberlake di’khabarkan telah mendendangkan sebuah lagu baru yang di’tulis khas buat Jessica Biel ketika majlis perkahwinan mereka. – Huff. Post

VIDEO HARI INI: Boleh kami katakan ini trailer filem paling di’nanti peminat tahun ini? Produksi akhir’nya melancarkan trailer berdurasi 120 saat untuk filem Iron Man 3.

×