Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.210)

Aktress ini berkata yang beliau tidak kisah akan adegan lucah yang perlu di’lakonkan dalam filem On The Road & kini gambar bogel Kristen Stewart dalam filem tersebar. – Huff. Post

Walaupun keluar berasingan dari hotel yang sama, Rihanna & Chris Brown tidak dapat menutup spekulasi yang mengatakan mereka kini kembali menjalin hubungan cinta. – Just Jared

Dalam video belakang tabir filem E.T yang bakal berada di pasaran, buat pertama kali Drew Barrymore ketika berumur 6 tahun bercakap tentang rahsia Steven Spielberg. – People

Ekoran prakata dalam kulit album Take Over yang menyentuh sensitiviti Islam, Mizz Nina memohon maaf atas kesilapan jujur yang berlaku & akan memastikan ia’nya tidak berulang. – GUA

Masih kisah penceraian mereka & yang terbaru Nicole Kidman (gambar) tampil menafikan yang beliau ada menasihati Katie Holmes tentang penceraian bersama Tom Cruise. – USA Today

VIDEO HARI INI: Anggap sahaja ini video motivasi untuk anda di hari Jumaat yang indah ini. Yakini diri anda, yang anda boleh dalam apa sahaja yang anda mahukan. #BOLEH

×