Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.102)

Forbes yang memang tugas mereka menyenaraikan nama orang kaya hari ini keluar dengan senarai 15 karakter fiksyen paling kaya & tahukah anda ada karakter yang lebih kaya daripada Tony Stark (Iron Man)? – Forbes

Atlit kesayangan anda, Khairul Fahmi Che Mat telah terpilih sebagai Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan dimalam Anugerah Astro Arena 2012. Atlit. Lelaki. Pilihan ramai. Berani anda kata beliau bukan selebriti? – Murai

Bintang yang mencipta nama dengan filem Haywire, Gina Carano di’khabarkan kini sedang dalam proses perbincangan untuk membintangi filem Fast & Furious 6  di’samping Vin Diesel & Paul Walker yang sah kembali. – THR

Penemuan video konsert pertama The Beatles di Amerika Syarikat sekitar Februari 1964 yang tidak pernah di’paparkan kepada umum bakal menjadi sebuah filem dokumentari khas yang bakal di’tayangkan di’pawagam. – Huffington Post

Bintang The Hunger Games, Jennifer Lawrence (gambar) bakal keluar dengan filem baru berjudul House at the End of the Street yang akan ke pawagam sekitar September 2012 & ini merupakan poster terbaru filem tersebut. – Just Jared 

Video Hari Ini: Tahun ini memang tahun untuk filem blockbuster. Ini  merupakan trailer terbaru untuk filem G.I Joe: Retaliation yang bakal ke pawagam penghujung Jun 2012. (via Amanz.my)

http://www.youtube.com/watch?v=kNUBV9trDoA

×