Faizal Hussien Cuak, Anak Dara Mesej Nak Jadi ‘Isteri Batin’

Gara-gara watak Walid yang dilakonkannya, pelakon Faizal Hussein menjadi perhatian ramai di media sosial termasuk menjadi bualan hingga ke negara seberang.

Memetik Utusan Online, Faizal meluahkan rasa terharu kerana menerima mesej pujian daripada penonton Indonesia yang berusia 20-an kebawah.

BACA: Fazlina Ahmad Daud Terseksa Minum Air Basuhan, Cium Kaki Faizal Hussein

“Saya rasa generasi Z Indonesia menghargai bakat dan lakonan. Rata-rata yang mesej saya semuanya muda. Mereka punya komen juga tertumpu kepada lakonan. Saya dapat lihat mereka menilai bakat lakonan dengan ikhlas,” katanya.

Lebih mengejutkan, Faizal mendedahkan dia turut menerima mesej daripada netizen dimana ada yang menawarkan diri untuk menjadi ‘isteri batin’, namun dia hanya gelak membaca mesej berkenaan.

“Awalnya saya terima mesej gurauan contohnya ada yang kata mahu jadi isteri kepada Walid. Tapi belakangan ini, saya sedar ia bukan gurauan lagi kerana mereka tidak lagi menggelar saya Walid, sebaliknya panggil nama sebenar saya.

“Masalahnya yang mesej ini wanita muda, anak dara. Mereka yang kacau mahu jadi ‘isteri batin’ macam watak Walid.

“Awal-awal cuak, tapi sekarang saya gelak sahaja. Pada saya kalau saya tidak layan, tidak akan terjadi apa-apa. Pelik, saya sudah sebaya atuk mereka pun mahu ganggu,” katanya.

Dalam pada itu, Faizal berkata kerana drama Bidaah itu juga ramai netizen mengikuti media sosial anak-anaknya iaitu Fazryn dan Fazrick.

“Bila ada yang korek balik video lakonan lama-lama dan muat naik di TikTok. Mereka jumpa juga TikTok anak-anak saya. Ada juga yang mesej mahukan anak-anak saya. Anak perempuan saya tiada masalah, dia tidak layan. Cuma anak lelaki saya baru tingkatan 5, tidak berapa sporting,” katanya.

SUMBER: Utusan Online

×