Faezah Elai Bengang Netizen Salahkan Artis Setiap Kali Isu SOP

Menerusi satu perkongsian di Facebook, pelakon Faezah Elai meluahkan rasa marah apabila netizen sering menyalahkan golongan artis setiap kali isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Faezah turut mempersoalkan netizen asyik menyalahkan artis susulan kenaikan kes Covid-19 sedangkan ia berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir rakyat.

BACA: Faezah Elai Tegur Individu Buka Aib Pasangan Di Media Sosial

Dalam entri tersebut, Faezah turut memberikan contoh situasi berlaku lebuhraya Pantai Timur sesak baru-baru ini adakah golongan artis yang balik kampung.

“Sakit pula hati bila tak ikut SOP, artis yang kena maki… kerana seorang dua artis habis semua kata ‘ikut SOP! jangan jadi macam selebriti!’. Sekarang ini yang jalan jem hari tu balik kampung, artis ke?

“Rasa-rasanya yang kena Covid ada sampai meninggal sebab manusia bangang yang balik kampung habis jangkit kat satu kampung, artis juga yang kena bodoh,” katanya.

Dalam pada itu, Faezah turut menyifatkan ramai netizen lebih gemar mencari kesalahan orang lain demi menutup kesalahan sendiri.

“Memang orang Malaysia ni jenis manusia yang suka cari salah orang lain untuk tutup salah sendiri ke macam mana? Yang terlapas balik kampung itu hang! Yang kena Covid itu hang! Yang bodoh tiba-tiba artis…My Foot!!” tulisnya.

×